LANGKAH MUDAH BINA LIST PELANGGAN ANDA
3 Langkah Mudah Membina List Responsif
Membina list yang responsif memerlukan
perancangan yang agak teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar
sederhana sahaja. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina list yang responsif.
Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak
membina list yang responsif.
Pertama:
Ketahui Latar Belakang Pelanggan Anda.
Untuk memastikan segala keinginan
subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai
personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.
Katakan
anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa
banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan.
Contohnya di bawah:
- Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan
seorang yang gembira.
- Mungkin perempuan atau lelaki.
- Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke
atas.
- Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti
dari kecil atau selepas perkahwinan.
- Sifat seorang yang mengalami obesiti
adalah
-
Mudah
sensitif
-
Rendah
diri.
-
Pendiam.
-
Menyembunyikan
perkara sebenar.
-
Sentiasa
bernafsu untuk makan.
-
Sentiasa
berada di dalam dilemma.
- Tidak aktif bersukan.
- Biasanya seorang yang bijak. Namun,
kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
- Melakukan
pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
- Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
- Tidak ada masa untuk melakukan senaman.
Senarai
kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam
bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber
saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.
Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan
ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya
kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah.
- Golongan
remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan
senaman terutamanya seorang suri rumah.
- Mereka
yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di
adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli
produk ini.
- Sudah
bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang
bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya.
Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan
badan.
Amat penting untuk kita mengetahui dengan
jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar
emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan
kriteria yang saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar
ini sensitif. Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya
tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih
responsif dari biasa.
Kedua : Menghantar Emel Yang Menggoda.
Langkah
kedua adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu
berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di
kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat
tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.
Teknik
menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan
kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang
subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia
tergoda.
Langkah
tersebut adalah.
- Percuma
- Mudah.
- Cepat.
Sekarang,
berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria
untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah
sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang,
saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk
membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang
sangat-sangat responsif.
Lihat contoh emel di bawah.
[Badan Kurus] Tips
pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum
{First_name}
Harap sihat selalu.
Anda ingin kurus?
Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap
untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha
kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan ,
saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang
ringkas sahaja.
Dengan mengikuti
prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat
badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya
sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani
adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak
mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.
Saya langsung tidak
mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam
keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang
kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga
boleh mencuba prosuder ini
[Di sini anda letakkan
link ke blog atau link download untuk
pdf]
Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.
Analisis Emel Di Atas.
Jika anda perhatikan emel di atas, saya
terapkan segala prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat
peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya
berjaya memperoleh beratus-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas.
Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.
Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan
mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada
list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang
telah mencuba teknik yang anda cadangkan.
Langkah
Ketiga : Jadikan List Sebagai Rakan Anda.
Subscriber anda juga merupakan manusia dan
mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia
yang lemah ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan. Caranya adalah
dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.
Hantar satu emel kepada subscriber anda dan
jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka
amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi
masalah dengan anda. Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga.
Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif.
Comments
Post a Comment